Cari:
Komuniti ASEAN Agenda Utama Sidang Kemuncak Asean Ke-26
2015-04-27 15:15:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berlangsung selama dua hari telah dirasmikan di Kuala Lumpur pagi tadi. Matlamat utama sidang pada kali ini adalah untuk memastikan Komuniti ASEAN dapat diwujudkan menjelang akhir tahun ini dan berbincang mengenai wawasan pembangunan ASEAN selepas tahun 2015.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan sidang kemuncak tersebut menyatakan bahawa tahun 2015 merupakan tahun penting dalam sejarah ASEAN. Wawasan komuniti ASEAN mesti direalisasikan menjelang akhir tahun ini. Di samping itu, ASEAN perlu merangka dokumen susulan sebagai asas bagi proses integrasi dan pembangunan pada sepuluh tahun yang akan datang.

Najib berkata, proses pembangunan komuniti ekonomi ASEAN harus terus digalakkan berikutan potensi yang cukup besar yang dimiliki oleh ASEAN, di samping menghapuskan halangan dagangan, sekali gus memajukan barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan modal insan antara negara anggota ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China