Cari:
ASEAN Pilih Rundingan
2015-04-27 13:36:54 CRI Cetak

Anifah Aman

ASEAN akan memilih jalan perundingan dan mengelakkan konfrontasi bagi menyelesaikan sebarang pertikaian membabitkan negara-negara anggota dengan China, termasuk berhubung dengan isu sempadan maritim di Laut China Selatan.

Demikian dikatakan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Menurut Anifah Aman, Laut China Selatan merupakan laluan perdagangan yang penting dan adalah mustahak untuk semua negara terbabit mengekalkan kestabilan kawasan perairan itu. Walaupun ASEAN menghormati pendirian tegas Fili­pina berhubung dengan perkara itu, namun penyelesaian mengenai isu tersebut memerlukan ASEAN dan China untuk duduk bersama dan berbincang mengenainya. ASEAN mesti mengambil langkah yang betul dan menghantar isyarat yang betul sama ada kepada China ataupun kepada negara-negara anggota ASEAN sendiri.

Menurut Anifah, mesyuarat juga bersetuju agar Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan dibentuk de­ngan segera dan dilaksanakan di kawasan perairan itu.

(sumber dari Utusan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China