Cari:
Peluang Baharu Kerjasama China-ASEAN Diwujudkan
2015-04-27 14:32:54 CRI Cetak

Berdasarkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 dan siri mesyuarat yang diadakan di Malaysia pada 24 hingga 28 April, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman menyatakan bahawa pembinaan komuniti ASEAN merupakan batu tanda yang penting sejak beberapa dekad dalam proses integrasi ASEAN, di samping memberikan perubahan yang positif kepada kehidupan penduduk negara ASEAN yang seramai lebih 600 juta orang.

Sebagai contoh, Malaysia, negara pengerusi bergilir ASEAN tahun pada ini, berharap agar dapat menjadi hab pengangkutan ASEAN, oleh itu, sedang giat berusaha menggalakkan pembangunan infrastruktur pengangkutan, antaranya termasuklah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura. Ketua Bahagian Ekonomi Maybank, Suhaimi Ilias berkata, projek tersebut selaras dengan saranan China dalam pembangunan "Satu Jalur,Satu Laluan". Landasan kereta api Malaysia akan menyambungkan lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang yang meliputi kawasan ASEAN bagi memperluas saling hubungan antara China dengan negara-negara ASEAN.

Menurut Duta Besar China ke ASEAN, Yang Xiuping pula, Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 adalah sebuah rancangan yang menyeluruh yang akan menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN, meningkatkan saling hubungan maritim dan darat antara China dengan ASEAN, mendorong perdagangan transnasional dan menggalakkan kerjasama pengeluaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China