Cari:
ASEAN dan EU Setuju Pulihkan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas
2015-04-27 15:16:45 CRI Cetak

ASEAN dan wakil Kesatuan Eropah (EU) ketika membuat pengumuman bersama semalam berkata, pegawai kanan kedua-dua pihak akan mengadakan mesyuarat menjelang penghujung tahun ini untuk menilai dan membincangkan isu penubuhan kawasan perdagangan bebas ASEAN-EU.

Selepas Perundingan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN-Pesuruhjaya Perdagangan EU ke-13 yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur berakhir semalam, Pesuruhanjaya Perdagangan EU, Cecilia Malmström ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa EU berjanji akan bersama-sama dengan ASEAN untuk meneroka kemungkinan memulihkan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) ASEAN-EU. Menurut beliau, kedua-dua pihak dicadangkan mengadakan mesyuarat untuk menilai semula usaha tersebut.

Rundingan FTA ASEAN-EU dilancarkan pada 2007, namun selepas tujuh pusingan rundingan, rancangan itu 'digugurkan' pada Mac 2009, sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan mencapai persetujuan membabitkan isu politik dan hak asasi manusia di Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China