Cari:
Apakah Sebenarnya Komuniti ASEAN?
2015-04-28 13:04:37 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 menutup tirainya di Langkawi, Malaysia semalam. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak menekankan tahun 2015 akan menjadi batu tanda dalam sejarah ASEAN apabila visi mewujudkan Komuniti ASEAN menjadi kenyataan menjelang akhir tahun ini. Jadi, apakah sebenarnya Komuniti ASEAN? Zhang Yunling, seorang pakar isu ASEAN dari Akademi Sains dan Sosial China memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai komuniti berkenaan dalam artikelnya.

Zhang berpendapat, Komuniti ASEAN umpama sebuah bangunan yang disokong oleh tiga tonggak utama, iaitu Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC). Reka bentuk ini memang unik dan adalah satu inovasi dalam pembentukan sistem kerjasama serantau, yang mencerminkan prinsip inklusif dan memandang ke depan ASEAN dan warganya.

Salah satu objektif utama AEC adalah untuk membina pangkalan pengeluaran dan pasaran tunggal yang menjurus kepada aspek-aspek seperti pengaliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan dan modal, serta pekerja mahir. AEC boleh dikatakan satu Zon Perdagangan Bebas (FTA) yang sudah dinaiktarafkan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keterbukaan pasaran, menyempurnakan suasana pertumbuhan ekonomi, mengintegrasikan jaringan pengeluaran serantau dan mengurangkan kos pengelolaan rangkaian perindustrian.

Menurut Rangka Tindakan ASCC, matlamat utama komuniti itu adalah untuk menyumbang kepada usaha merealisasikan Komuniti ASEAN yang mengutamakan kepentingan rakyat, dengan tujuan untuk mencapai perpaduan yang berkekalan di kalangan negara dan rakyat ASEAN dengan membina masyarakat penyayang yang inklusif dan harmoni, dengan kesejahteraan, kehidupan dan kebajikan rakyat dipertingkatkan.

Rangka Kerja APSC lebih menyasarkan perkumpulan serantau itu menjadi komuniti berasaskan peraturan dengan berkongsi nilai, norma, bersatu, aman, stabil dan berdaya tahan serta berkongsi tangggungjawab demi keselamatan kolektif.

PM Najib dalam ucapannya pada sidang kemuncak itu berkata, sebuah ASEAN yang benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat, yang berazam untuk membentuk sebuah komuniti yang beroperasi mengikut kata sepakat yang tercapai oleh setiap anggotanya, dijangka dapat membawa prospek yang cerah kepada setiap anggotanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China