Cari:
Mengapa CAB Dipersoalkan Dewan Perwakilan Filipina?
2015-04-29 14:42:37 CRI Cetak

Perjanjian damai yang dipanggil Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) yang termeterai pada 27 Mac 2014 lalu oleh kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dipersoalkan dalam sesi perbahasan di Dewan Perwakilan Filipina semalam, yang menggesa supaya butiran mengenai penubuhan Parlimen oleh Bangsamoro dibatalkan.

Kini, tempoh perbahasan bagi draf perjanjian yang diserahkan Presiden Benigno Aquino III kepada Kongres awal September tahun lalu itu masih belum tamat. Matlamat utama perjanjian berkenaan adalah mewujudkan satu entiti politik baharu yang dikenali sebagai Bangsamoro untuk menggantikan entiti lama, Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Keputusan Dewan Perwakilan tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kerajaan Filipina. Majlis Kedamaian Filipina beranggapan bahawa perjanjian itu sebenarnya sudah diteliti oleh pihak berkuasa dan butiran mengenai penubuhan Parlimen dan kerajaan tempatan tidak akan menjadi punca utama yang mengakibatkan berlakunya perpecahan, sekali gus tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan. Dalam pada itu, MILF berkata, mereka mempunyai kebebasan dan hak berautonomi yang tidak boleh dicabuli.

Sebelum ini, suara yang mengkritik perjanjian damai itu melanggar Perlembagaan dan memberikan terlalu banyak hak kepada MILF sentiasa kedengaran dalam negara itu. Kecaman bertambah berlipat ganda berikutan pertikaian tragedi di Mamasapano yang menyaksikan lebih 60 orang terbunuh termasuk 44 anggota komando elit polis, ekoran pertempuran antara pihak keselamatan dan kumpulan pemisah pada 25 Januari lalu.

Memandangkan situasi semasa, perdebatan antara pelbagai puak politik berhubung perjanjian damai itu boleh dilihat sebagai pertengkaran kecil sebelum pilihan raya umum dibuka tirainya. CAB dianggap pencapaian terpenting bagi Presiden Benigno Aquino III. Jika perjanjian itu tidak dapat diluluskan sebelum pemerintahan beliau tamat atau keadaan huru-hara berulang lagi semasa proses perdamaian dijalankan di selatan negara itu, kedua-duanya merupakan tamparan hebat buat Aquino dan pengikutnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China