Cari:
Hukuman Mati Dilaksanakan terhadap Tujuh Banduan Asing di Indonesia
2015-04-29 15:39:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pihak berkuasa Indonesia melaksanakan hukuman mati terhadap lapan pesalah dadah termasuk tujuh banduan asing di Penjara Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah awal hari ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, beliau akan memanggil balik Duta Besar Australia ke Indonesia sebagai bantahan terhadap kejadian tersebut.

Hukuman tersebut dilaksanakan oleh skuad penembak kira-kira pukul 12 tengah malam waktu tempatan yang melibatkan tujuh banduan asing iaitu dua rakyat Australia, seorang dari Brazil dan empat rakyat Afrika.

Seorang banduan wanita dari Filipina, Mary Jane Veloso, menerima pengampunan sejam sebelum hukuman dilaksanakan selepas dia didapati menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.

(sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China