Cari:
Indonesia Nekad Banteras Dadah
2015-04-30 13:43:01 CRI Cetak

Lapan banduan kes dadah menjalani hukuman tembak sampai mati di lapangan tembak Penjara Nusakambangan, Jawa Tengah, Indonesia awal pagi semalam, di tengah-tengah bantahan masyarakat antarabangsa terhadap hukuman tersebut.

Antara tujuh pesalah tersebut termasuk dua warga Australia, dan yang lain dari Nigeria, Brazil dan Ghana. Sebelum ini, 9 banduan dijadualkan menjalani hukuman itu, tetapi hukuman ke atas banduan dari Filipina, Mary Jane Veloso ditangguhkan pada saat akhir berikutan penyerahan diri seorang wanita kepada pihak berkuasa Filipina yang mengaku bertanggungjawab merekrut Mary Jane sebagai keldai dadah.

Tindakan nekad Jakarta itu menimbulkan bantahan daripada masyarakat antarabangsa, terutamanya Australia dan Brazil. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dalam sidang media semalam berkata, beliau berasa kesal terhadap peristiwa itu. Menurutnya, hubungan antara Australia dengan Indonesia amat penting, dan hukuman mati terhadap dua warga Australia itu disifatkan sebagai kejam dan tidak perlu. Sebagai bantahan, Abbott memanggil balik Duta Besar Australia ke Indonesia dan menggantung buat beberapa lama program pertukaran peringkat menteri kedua-dua pihak. Dalam pada itu, Menteri Luar Australia, Julie Bishop menyatakan bahawa pihaknya akan mempertimbangkan lagi program bantuan ekonomi kepada Indonesia. Serentak dengan itu, kerajaan Brazil dalam kenyataan semalam berkata, Jakarta bersikap tidak ambil peduli terhadap rayuan kemanusiaan Presiden Dilma Rousseff dan nekad mendukung keputusan sendiri sehingga mencetuskan "satu kejadian yang menyedihkan" dalam hubungan diplomatik Brazil-Indonesia.

Walaupun berdepan dengan tekanan yang agak berat dari luar, namun Jakarta tetap melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh penyeludup dadah tersebut. Ini memperlihatkan kebimbangan kerajaan terhadap masalah dadah yang semakin berleluasa dalam negeri serta tekadnya untuk membanteras dadah. Statistik rasmi menunjukkan, penagih dadah dalam negara itu mencecah 4.2 juta, iaitu 2% daripada keseluruhan populasi, dan setiap hari, sebanyak 50 mati akibat penyalahgunaan dadah.

Presiden Indonesia, Joko Widodo menyatakan bahawa dadah memberikan kesan yang amat buruk kepada generasi muda. Cara terbaik untuk mengelak muda-mudi daripada menagih dadah adalah untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap penyeludup dadah. Jadi, Jakarta mempunyai keazaman dan komitmen yang tinggi untuk membanteras kegiatan penyeludupan dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China