Cari:
HSR dan RTS, Agenda Utama Permukiman Singapura-Malaysia
2015-05-05 14:52:59 CRI Cetak

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Sistem Transit Rapid (RTS) adalah antara agenda utama dalam Permukiman Pemimpin-pemimpin Singapura-Malaysia.

Demikian dimaklumkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob dalam sidang media sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Singapura semalam.

Beliau berkata, antara yang turut tersenarai dalam agenda termasuklah menambah baik jalinan hubungan, terutamanya projek HSR dan RTS. Singapura dijangka mengumumkan perhentian terakhirnya pada permukiman ini.

Husni menyatakan, pihaknya menjangka butiran lain mengenai HSR bakal diumumkan kedua-dua pihak. Isu lain berhubung dengan jalinan hubungan ialah langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan di Tambak dan Linkedua. Malaysia juga mahu menerokai pilihan lain untuk mengurangkan kesesakan seperti pembinaan sebuah jambatan baharu untuk menghubungkan kedua-dua negara.

(sumber diubah suai daripada http://www.bharian.com.my/node/52719)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China