Cari:
Singapura, Malaysia Komited Pastikan Kejayaan HSR
2015-05-06 11:37:33 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kejayaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan republik itu dengan Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Permukiman Pemimpin-pemimpin Singapura-Malaysia semalam, kedua-dua pemimpin bagaimanapun berkata, sasaran awal projek yang dijadualkan siap pada tahun 2020 itu perlu dinilai semula berdasarkan skala dan kompleksitinya.

Sementara itu, Lee mengumumkan perhentian terakhir HSR Singapura adalah di Jurong Timur, bersesuaian dengan rancangan Singapura untuk mentransformasi kawasan tersebut menjadi pusat perniagaan yang kedua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China