Cari:
Vietnam, RoK Tandantangani Perjanjian FTA
2015-05-06 13:47:33 CRI Cetak

Setelah mengadakan rundingan selama dua tahun lebih, Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam, Vu Huy Hoang dan Menteri Perdagangan, Industri dan Energi Republik Korea (RoK),Yoon Sang-jick secara rasmi menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di bandar Hanoi pada pagi Selasa lalu, yang disaksikan oleh Perdana Menteri Nguyen Tan Dung dan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan yang berkaitan dari kedua-dua negara tersebut.

Penandatanganan FTA itu bakal membantu menyelesaikan situasi perdagangan serta membahagikan dan menggunakan sumber tenaga kerja dengan lebih efektif untuk mendorong proses penyusunan semula struktur pertumbuhan ekonomi dan memastikan perkembangan ekonomi yang mampan.

Perjanjian berkenaan akan memberikan manfaat kepada rakyat Vietnam kerana mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan pendapatan mereka melepasi tahap kemiskinan.

(sumber diubah suai daripada http://vovworld.vn/id-id/Berita/Vietnam-dan-Republik-Korea-menandantangani-Perjanjian-FTA/332232.vov)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China