Cari:
Malaysia, Singapura Perlu Bekerjasama Sebagai Rakan, Jiran Serantau
2015-05-06 13:53:30 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa-apa yang dikongsi oleh Malaysia and Singapura dan segala persamaan yang ada merupakan peluang besar bagi kedua-dua negara sebagai rakan dan jiran serantau.

Najib berkata demikian ketika berucap di jamuan tahunan Persatuan Ekonomi Singapura (ESS) yang bertemakan "Malaysia-Singapura: Hubungan yang Mengikat", di Singapura, malam tadi.

Menurut beliau, sepanjang sejarah hubungan yang dikongsi bersama-sama antara Malaysia dengan Singapura dalam tempoh lima dekad lalu, adalah jelas bahawa kedua-dua negara ini saling bergantung dan menikmati kesalinghubungan rakyat dengan rakyat yang cukup erat.

Beliau berkata keakraban hubungan bilateral diutamakan sejurus selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China