Cari:
China, Malaysia Pacu Kerjasama Industri
2015-05-07 13:52:41 CRI Cetak

Perdana Menteri Li Keqiang menyifatkan hubungan antara China dengan Malaysia sebagai sahabat dan pekongsi yang baik, dan berharap agar kedua-dua negara dapat meningkatkan pertukaran lawatan antara jabatan kerajaan mahu pun dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Yang dipertua Dewan Negara Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Zhongnanhai petang semalam.

Menurut PM Li, China kini berada pada fasa pertengahan pengindustrian dan memiliki kapasiti perindustrian yang mencukupi dan canggih dalam beberapa sektor. Oleh itu, negara itu bersedia untuk menjalinkan sinergi dengan Malaysia dalam projek pembinaan infrastruktur antaranya termasuklah landasan kereta api, lebuh raya dan tenaga elektrik.

Tan Sri Abu Zahar memuji usaha China untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN. Beliau yakin kedua-dua pihak ini boleh memperkasakan kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pendidikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China