Cari:
Ulang Tahun Ke-69 UMNO
2015-05-12 11:05:39 CRI Cetak

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesetiaan penyokong kepada parti sentiasa menjadi formula yang relevan dalam usaha melihat UMNO terus kuat dan berkuasa.

Najib selaku Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia menegaskan, walaupun dalam persekitaran yang telah berubah dengan persepsi menjadi lebih penting daripada realiti, namun dengan kesetiaan penyokong, setiap ujian pasti mampu dilalui dengan jayanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-69 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Najib berkata, sambutan Ulang Tahun UMNO ke-69 mengambil tema Melayu Bersatu kerana ia adalah mesej paling bernilai apabila majlis itu diadakan.

Katanya, walaupun untuk melaksanakan tidak semudah menyebutnya, namun perkara itu boleh dilakukan jika semua pihak percaya bahawa yang lebih penting adalah parti dan bukannya individu.

-Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China