Cari:
Najib: Hasil GST untuk Rakyat
2015-05-12 11:09:02 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan bahawa hasil tambahan yang diperoleh kerajaan melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan digunakan untuk kebaikan rakyat dan negara.

Beliau berkata, apabila pendapatan negara bertambah, kerajaan akan memulangkan hasil tersebut secara telus kepada rakyat melalui pelbagai rancangan yang memberikan manfaat kepada mereka.

Beliau memberikan jaminan demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur semalam.

Najib berkata, walaupun GST mungkin tidak popular pada jangka pendek, tetapi kerajaan memerlukan punca kewangan yang dapat mengukuhkan pendapatan serta meningkatkan daya saing negara.

Ketika membentangkan Belanjawan 2015, Najib mengumumkan kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan bagi tahun taksiran 2015 sementara kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan daripada 25 kepada 24 peratus bagi tahun taksiran 2016.

-Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China