Cari:
Duta Besar China ke ASEAN Tamat Tempoh Perkhidmatan
2015-05-22 15:02:44 CRI Cetak

Duta Besar China ke ASEAN, Puan Yang Xiuping menemui Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Le Luong Minh dan wakil-wakil tetap pelbagai negara ke Sekretariat ASEAN di Jakarta baru-baru ini. Pertemuan itu diadakan berturut-turut menjelang Puan Yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Duta Besar Tetap China ke ASEAN yang pertama.

Puan Yang dalam siri pertemuan itu memberikan penghargaan yang tinggi kepada Sekretariat ASEAN yang beribu pejabat di Jakarta dalam menerajui perkembangan hubungan China-ASEAN. Pihak China akan terus memberikan sokongan yang kukuh kepada pembinaan Komuniti ASEAN dan menyokong ASEAN memainkan peranan teras dalam kerjasama serantau.

Xu Bu dilantikkan sebagai Duta Besar China ke ASEAN yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China