Cari:
PBB Bersedia Terus Sokong Pembangunan Sosioekonomi Vietnam
2015-05-23 14:56:25 CRI Cetak

PBB akan terus memberikan sokongan kepada perkembangan sosioekonomi yang konsisten di Vietnam, dan mewujudkan Matlamat Pembangunan Milenium PBB serta sasaran pembangunan berterusan untuk masa selepas tahun 2015. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semasa menemui Presiden Vietnam, Truong Tan Sang di Hanoi pada petang 22 Mei lalu.

Ban dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu berkata, pembangunan berterusan selepas pencapaian Matlamat Pembangunan Milenium amat penting bagi PBB dan Vietnam.

Menyentuh tentang isu perubahan iklim pula, Ban berkata bahawa Vietnam antara negara yang mengalami pengaruh paling teruk daripada perubahan iklim di dunia. Beliau mengesa Vietnam supaya menetapkan matlamat "sumbangan inisiatif negara" dalam usaha menangani perubahan iklim dengan seawal mungkin. Di samping itu, Vietnam juga diharapkan mengintensifkan pelaburan dalam usaha pembangunan sumber tenaga mesra alam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China