Cari:
SLD ke-14 Fokuskan Isu Keselamatan Rantau Asia-Pasifik
2015-05-30 15:53:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Dialog Shange-rila (SLD) ke-14 yang berlangsung selama tiga hari diadakan di Singapura pada 29 Mei lalu. SLD kali ini memfokuskan kepada isu-isu keselamatan tradisional dan bukan tradisional di rantau Asia-Pasifik. Pegawai-pegawai jabatan hal-ehwal pertahanan dan pihak tentera daripada 26 buah negara dan kawasan turut menghadiri dialog kali ini.

Sebelum SLD kali ini, Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen menyatakan bahawa SLD tahun ini juga akan memberi perhatian terhadap isu-isu berhubung ancaman pertubuhan keagamaan pelampau, hubungan antara kuasa besar, ketakstabilan politik di negara-negara Asia dan cabaran yang dihadapi ketika menjalankan kerjasama rentas sempadan untuk menangani bencana alam dan ancaman keselamatan siber.

Pada malam hari itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucaptamanya berkata, China sedang memperdalam kerjasama dengan pelbagai negara di Asia melalui "Kerangka kerjasama 2+7" China dan ASEAN serta gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan". Penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) atas inisiatif China juga memenuhi permintaan rantau Asia dalam bidang pembangunan prasarana dan peningkatan pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China