Cari:
Aktiviti Interaksi Budaya China-ASEAN di Nanning
2015-05-31 14:41:02 CRI Cetak

Aktiviti-aktiviti interaksi budaya China-ASEAN diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China bermula semalam.

Antara aktiviti tersebut termasuk Pertandingan Filem Mikro China-ASEAN yang bertemakan "Impian Nyalakan Kehidupan, Kerjasama Realisasikan Impian". Kerja menjemput pelajar negara anggota ASEAN mengirimkan karya Filem Mikro akan berakhir pada bulan Ogos dan pihak penganjur akan memilih 24 orang pemenang untuk mendapat anugerah.

Selain itu, Ekspo Penerbitan China-ASEAN dan Pameran Program Radio, Filem dan Televisyen Guangxi 2015 telah dirasmikan di Nanning untuk mempamerkan kejayaan baharu yang dicapai dalam perkembangan dan pembaharuan sektor berkenaan di Guangxi serta hasil baharu yang diperoleh dalam program pertukaran dan kerjasama antara China dengan ASEAN dalam bidang penerangan, penerbitan, radio, filem dan televisyen.

Dimaklumkan lagi, Minggu Muzik China-ASEAN ke-4 akan diadakan pada 2 hingga 8 Jun dengan melibatkan sebanyak 19 buah konsert, tiga buah forum kemuncak dan enam buah ceramah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China