Cari:
Hubungan Kalangan Rakyat China, Asia Tenggara Mahu Diperkukuh
2015-06-01 14:46:13 CRI Cetak

Objek inisiatif "satu jalur, satu laluan" adalah untuk memperluas dan memperkasakan kerjasama serantau kerana ini sepadan dengan keprihatian dan harapan rakyat China serta negara-negara Asia Tenggara.

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong, ketika berucap pada perasmian Dialog Peringkat Tinggi Kalangan Rakyat China-Asia Tenggara ke-2 yang berjudul "Pertukaran dalam Kalangan Rakyat demi Kewujudan 'Satu Jalur, Satu Laluan' " di Indonesia, Ahad lalu.

Liu mengesyorkan saluran pertukaran dalam kalangan rakyat diperluas dan jaringan kerjasama dan komunikasi yang melibatkan kumpulan pemikir, organisasi bukan kerajaan, media serta bidang perindustrian dan perniagaan diintensifkan.

Hasil dialog kali ini adalah Deklarasi Usul Pertukaran dan Kerjasama Kalangan Rakyat China-Asia Tenggara serta rayuan untuk membina Komuniti Berkongsi Masa Depan China-Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China