Cari:
CICA Bermanfaat Untuk Keselamatan Asia
2015-06-02 14:47:13 CRI Cetak

Berdepan dengan risiko dan cabaran tradisional dan bukan tradisional yang semakin rumit, negara-negara Asia berusaha untuk mewujudkan keselamatan yang bersama, komprehensif, bekerjasama dan lestari, serta membincangkan rangka baharu keselamatan dan kerjasama serantau untuk mewujudkan suasana yang menguntungkan semua pihak terlibat. China merupakan negara pengerusi Persidangan Mengenai Interaksi dan Langkah-langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) untuk sesi 2014 hingga 2016. Dalam sidang tahunan pertama forum bukan rasmi CICA yang diadakan di Beijing baru-baru ini, perwakilan dari negara anggota, negara pemerhati dan negara bukan rantau ini mengadakan perbincangan mengenai keselamatan dan pembangunan Asia pada masa depan. Perwakilan dari negara-negara ASEAN turut membentangkan pandangan mereka mengenai keselamatan serantau dan CICA.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Tan Sri Rastam Mohd Isa menyatakan bahawa keselamatan laluan laut penting bagi seluruh dunia, bukan sahaja untuk pengangkutan sumber. Kini terdapat sembilan laluan perkapalan utama di dunia, empat daripadanya terletak di Asia dan antaranya Selat Melaka dianggap yang paling penting. Pada tahun 2013, sebanyak 17 juta tong minyak diangkut melalui selat tersebut. Dalam pada itu, negara-negara Asia Timur pula menghantar sejumlah besar produk ke Asia Barat dan Eropah melalui laluan ini. Namun, kegiatan lanun di Asia Tenggara menjejaskan keselamatan laluan ini. Menurut penilaian Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) pada tahun 2014, rantau ini antara kawasan yang terjejas akibat lanun. Negara-negara terlibat digesa berusaha bersama-sama untuk membanteras lanun demi keselamatan laut.

Menurut Tan Sri Rastam, keganasan adalah isu global. CICA sebagai pertubuhan multilateral yang pragmatik dan cekap dapat membantu menggalakkan negara-negara Asia mempergiat kerjasama dalam bidang keselamatan dan antikeganasan.

Mantan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengerusi Institut Kemboja mengenai Kerjasama dan Keamanan (CICP), Norodom Sirivudh pula menyatakan bahawa keamanan dan pembangunan saling bergantung. Untuk mewujudkan keselamatan yang berkekalan, kepercayaan dan hubungan rakan strategik perlu dibentuk terlebih dahulu. CICA dapat menjadi panduan bagi mewujudkan mekanisme seumpama ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China