Cari:
Gempa Sabah: Operasi SAR Pendaki Diteruskan
2015-06-07 16:49:45 CRI Cetak

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pendaki yang masih hilang di Gunung Kinabalu, Malaysia susulan gempa bumi kelmarin, diteruskan pagi ini dengan pasukan penyelamat dihantar ke Laban Rata menggunakan helikopter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pos kawalan bomba dipindahkan ke Kundasang sebagai langkah keselamatan.

Sehingga malam tadi, 13 mayat pendaki dan malim dibawa turun dari Gunung Kinabalu termasuk dua pada malam kelmarin manakala enam lagi pendaki dilaporkan masih hilang.

Operasi SAR membabitkan pelbagai agensi penyelamat dan keselamatan serta malim Gunung Kinabalu.

(sumber Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China