Cari:
Tony Tan Temui Xi Jinping
2015-07-03 19:51:10 CRI Cetak

Presiden Singapura,Tony Tan Keng Yam, diberi sambutan rasmi apabila lagu kebangsaan China dan Singapura dimainkan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das di Beijing hari ini.

Presiden China, Xi Jinping mengadakan upacara rasmi untuk menyambut kedatangan rakan sejawatnya, Tony Tan petang tadi.

Lawatan Tony Tan kali ini adalah atas undangan Presiden Xi bersempena dengan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Mereka mengadakan rundingan mengenai usaha mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, di samping memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Li Keqiang, juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Tony Tan di Balai Agung Rakyat di Beijing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China