Cari:
Imegresen Malaysia Tingkat Pengawasan
2015-07-06 11:13:10 CRI Cetak

Jabatan Imigresen Malaysia akan me­ningkatkan pengawasan di semua laluan keluar masuk Malaysia-Singapura bagi membanteras penggunaan laluan tikus oleh individu tertentu yang ingin mengelak pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya telah mengesan beberapa tindakan menyusup keluar menggunakan laluan tikus dengan melalui landasan kereta api Johor Bahru-Singapura untuk ke Singapura.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil selepas ini jika pihak­nya dapat mengesan dan menahan individu yang mengambil jalan mudah menggunakan laluan haram itu untuk ke tempat kerja di Singapura.

Menurut Mustafa, hingga kini pihaknya telah menahan 54 individu yang cuba menyusup keluar menggunakan laluan tikus tersebut dalam serbuan beberapa hari lalu.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China