Cari:
Pakar Kritik Misi Pencarian 
MH370
2015-07-07 11:40:42 CRI Cetak

(Sebuah jentera di bawah air (AUV) siap sedia di pangkalan tentera laut Australia HMAS Stirling di Perth untuk dipasang kepada kapal perang Ocean Shield bagi membantu misi pencarian pesawat MH370 pada 30 Mac 2014)

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac tahu lalu, dijangka berakhir dengan sia-sia, apabila pakar dalam bidang menyelamat mendakwa syarikat-syarikat yang terlibat dalam misi mencari itu terlepas pandang serpihan pesawat terbabit.

Presiden syarikat pencarian dan menyelamat, Williamson & Associates, Mike Williamson berkata, imej sonar yang diambil oleh syarikat Belanda, Fugro NV yang dilantik oleh kerajaan Australia dalam misi tersebut, merakamkan beberapa tompok hitam besar yang dipercayai serpihan pesawat MH370.

Williamson berkata, beliau percaya pasukan Fugro mengabaikan kawasan yang gelap tersebut kerana lokasi dasar laut itu terletak di kawasan pergunungan dan mempunyai banyak halangan, tetapi serpihan pesawat MH370 berkemungkinan besar tersorok di lokasi terbabit.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China