Cari:
Siasatan terhadap 1MDB Dimulakan
2015-07-08 11:35:40 CRI Cetak

Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan perintah pembekuan terhadap enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut semalam.

Menurut kenyataan bersama pasukan berkenaan, mereka juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.

Kenyataan itu bertujuan untuk memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan itu sehingga kini.

Sabtu lalu, Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia telah pun memulakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, pasukan petugas khas itu juga telah menyerbu dan mengambil beberapa dokumen penting milik syarikat SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. pada 3 Julai lalu.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China