Cari:
Penghantaran Balik PATI Selaras Kelaziman Antarabangsa
2015-07-21 14:23:31 CRI Cetak

Kerajaan Thailand menghantar balik 109 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China dan anggota sindiket penyeludupan PATI dari negara Asia Tenggara itu, awal bulan ini. Kesemua mereka dipercayai melakukan perjalanan melalui negara transit, iaitu Thailand dan Turki, untuk menyertai aktiviti militan di Syria dan Iraq atas nama perjuangan jihad. Sesetengah sarjana dan pakar dari negara-negara Asia Tenggara berpendapat bahawa tindakan bersama Beijing-Bangkok itu dilakukan di sisi undang-undang dan selaras dengan kelaziman antarabangsa.

Pengerusi Yayasan Nanyang ASEAN Indonesia, Bambang Suryono menyatakan bahawa tindakan membendung kelompok aktivis menjadikan Asia Tenggara sebagai transit sebelum ke negara ketiga dan seterusnya memasuki Asia Barat untuk menyertai kumpulan militan adalah sebahagian penting dalam perjuangan antikeganasan antarabangsa. Tindakan China-Thailand itu dilakukan di bawah perjanjian dua hala dan peraturan antarabangsa. Namun, segelintir kuasa Barat melabelkan semua PATI tersebut pelarian, dan mengutuk penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan China dan Thailand itu sebagai mencabuli "hak asasi manusia" mereka. Ini memperlihatkan sikap AS dan Eropah yang suka membuli pihak lain.

Oh Ei Sun, bekas setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Razak berkata, kini banyak negara antaranya AS, China, Thailand, Turki dan lain-lain sedang berdepan dengan ancaman keganasan yang semakin berleluasa. Oleh yang demikian, AS tidak patut mengkritik tindakan bersama China-Thailand dalam usaha membanteras kegiatan imigrasi haram, sebaliknya patut menghulurkan bantuan seperti berkongsi maklumat risikan.

Penolong Editor akhbar Malaysia Oriental Daily, Huang Jincheng menganggap, kerjasama China dan Thailand dalam pembanterasan kegiatan imigrasi haram dan keganasan tidak patut dipersoalkan. AS yang bersikap dwi-standard dalam isu antikeganasan pasti menyembunyikan niat politik yang tertentu.

Gan Liyi, seorang penyelidik dari Sekolah Pengajian Antarabangsa Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) beranggapan, kegiatan imigrasi haram telah menjadi cabaran bersama bagi negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, China dan negara-negara berkenaan mesti memperkasakan kerjasama keselamatan antarabangsa terutamanya dalam bidang antikeganasan demi mengekang penularan kegiatan keganasan di rantau ini dan mencegah kumpulan pengganas menjadikan rantau ini laluan transit ke Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China