Cari:
Hubungan China, ASEAN Kekal Erat
2015-07-27 11:22:32 CRI Cetak

Duta Besar baharu China ke ASEAN, Xu Bu baru-baru ini mengadakan majlis jamuan di tempat kediamannya di Jakarta untuk mengundang kira-kira 30 tetamu dari beberapa pertubuhan ASEAN antara lain Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh.

Xu ketika berucap pada majlis itu berkata, China dan ASEAN telah memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam usaha meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang sejak kedua-dua pihak menjalin hubungan rakan dialog pada 24 tahun lalu. Pada masa ini, China dan negara-negara ASEAN sedang berusaha meningkatkan pertukaran lawatan kebudayaan dan mewujudkan kesalinghubungan. Ini merupakan pemacu kepada kerjasama China-ASEAN, sekali gus membantu mewujudkan Komuniti Berkongsi Masa Depan China-ASEAN.

Dalam pada itu, Wakil Tetap Thailand ke ASEAN, Chombhala Chareonying berkata, ASEAN dan China sentiasa mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang baik. Thailand yang dipilih menjadi negara penyelaras hubungan ASEAN-China dalam tempoh tiga tahun lalu telah menyaksikan perkembangan pesat hubungan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China