Cari:
Serpihan Pesawat MH370 Ditemukan?
2015-07-30 11:48:39 CRI Cetak

Penemuan serpihan bangkai pesawat dipercayai bahagian sayap yang dikaitkan dengan komponen Boeing 777 di kepulauan La Reunion di Lautan Hindi semalam menimbulkan kembali spekulasi penemuan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tahun lepas.

Serpihan berkenaan sepanjang dua meter dan kelihatan seolah-olah sebahagian daripada sayap ditemui oleh pihak yang sedang membersihkan pantai berkenaan. Menurut saksi, serpihan itu telah diliputi cengkerang mungkin kerana ia telah berada lama di dalam air.

Lokasi tersebut yang di bawah pentadbiran Perancis terletak di timur Madagascar dan kira-kira 175 kilometer barat daya Mauritius.

Ekoran itu, pihak berkuasa pengangkutan Perancis membuka siasatan bagi menyiasat bangkai pesawat berkenaan.

Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman tidak menolak kemungkinan bangkai itu milik MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan pada Mac tahun lepas.

Tytelman menyatakan, berdasarkan gambar media tempatan terdapat "persamaan yang luar biasa antara flaperon B777 dengan serpihan yang ditemukan" merujuk kepada sebuah Boeing 777 - jenis pesawat yang hilang.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China