Cari:
China, ASEAN Semuafakat Terus Laksanakan DOC
2015-07-30 14:34:19 CRI Cetak

Mesyuarat Peringkat Tinggi ke-9 Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) melibatkan pegawai-pegawai Kementerian Luar China dan negara-negara ASEAN diadakan di bandar Tianjin, China semalam. Para peserta bertukar-tukar pandangan mengenai pelaksanaan DOC secara menyeluruh dan usaha mempergiat kerjasama maritim yang pragmatik. Mereka bersependapat bahawa pelaksanaan DOC secara menyeluruh dan berkesan selaras dengan kepentingan bersama dan bermanfaat kepada perkembangan hubungan rakan strategik China-ASEAN.

Dalam tempoh mesyuarat itu, para peserta mengiktiraf kemajuan pelaksanaan DOC pada tahun ini dan menyatakan komitmen untuk meneruskan pelaksanaannya. Pengerusi mesyuarat yang juga Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menyatakan bahawa rancangan pelaksanaan DOC 2015-2016 telah diluluskan dalam mesyuarat ini. Dalam pada itu, dokumen persepakatan kedua dan dokumen mengenai kumpulan sarjana ternama berkenaan turut dibahaskan dan diluluskan. Para peserta turut mengadakan perbincangan mengenai penubuhan suruhanjaya teknikal melibatkan keselamatan pelayaran, pencarian dan penyelamatan di laut, kajian sains dan perlindungan persekitaran maritim, serta membanteras jenayah rentas sempadan di laut.

Para peserta bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai isu-isu penting dan rumit bagi memuktamadkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). Naib Menteri Luar Thailand, Nophadol mewakili negara ASEAN menyatakan bahawa ASEAN dan China akan terus berusaha demi mencapai COC secepat mungkin kerana hal ini sejajar dengan semangat DOC. Menurutnya, pihak-pihak terbabit berhasrat untuk memasuki fasa rundingan baharu.

Para peserta mesyuarat turut bertukar-tukar pandangan mengenai penyusunan "langkah-langkah pengurusan dan pencegahan risiko di laut" untuk mengawal situasi maritim sebelum COC dimuktamadkan. Selain itu, para peserta turut membincangkan Peraturan Pertemuan di Luar Jangkaan di Laut antara China-ASEAN yang bercirikan Laut China Selatan, serta menubuhkan talian penting bagi memudahkan komunikasi antara pasukan tentera laut negara-negara berkenaan.

Liu Zhenmin menambah bahawa penyelesaian isu Laut China Selatan memerlukan masa yang panjang. Pihak-pihak berkenaan perlu bersedia untuk mengawal perselisihan, memelihara keamanan dan menjamin kebebasan pelayaran. China tetap menentang campur tangan kuasa luar dalam isu Laut China Selatan dengan apa jua alasan serta pengantarabangsaan isu tersebut. China berhasrat mengejar kaedah penyelesaian bersama-sama dengan negara ASEAN berkenaan mengikut rangka China-ASEAN, khususnya rangka pelaksanaan DOC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China