Cari:
Liow Tiong Lai: Serpihan Disahkan daripada Sebuah Pesawat Boeing 777
2015-08-03 14:35:44 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia,Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengumumkan semalam, serpihan yang ditemukan di Pulau La Reunion pada 29 Julai lalu, disahkan daripada sebuah pesawat Boeing 777, selepas ujian dijalankan oleh kumpulan kerja Malaysia bersama-sama dengan Syarikat Boeing, Suruhanjaya Keselamatan dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, wakil dari Malaysia, AS, China, Perancis dan Syarikat Boeing akan bersama-sama menjalankan pengenalan terhadap serpihan tersebut pada 5 Ogos nanti. Jabatan Penerbangan Awam Malaysia juga meminta bantuan daripada pelbagai pertubuhan untuk mencari serpihan pesawat berkenaan di perairan Pulau La Reunion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China