Cari:
Najib Ditemui Wang Yi
2015-08-04 17:24:25 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak ditemui Menteri Luar China, Wang Yi, di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata, China merupakan jiran yang rapat dengan Malaysia. Kedua-dua negara ini saling memahami dan saling mempercayai. Malaysia menyokong cadangan Presiden China, Xi Jinping, mengenai "Satu Jalur dan Satu Laluan", pembinaan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), bersedia untuk bersama-sama dengan China untuk membina taman perindustrian dan mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia.

Najib berkata, sebagai negara pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting demi menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN.

Wang Yi dalam pertemuan itu berkata, hubungan China-Malaysia berada pada tahap yang paling baik dalam sejarah. China menyanjung tinggi sumbangan Najib dalam menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua negara. China bersedia untuk meningkatkan kerjasama yang lebih erat, termasuk pembinaan dua taman perindustrian di Qinzhou dan Kuantan.

Beliau menambah, China berharap agar hubungan China-ASEAN terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China