Cari:
Lee Hsien Loong Ditemui Wang Yi
2015-08-04 11:43:07 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, ditemui Menteri Luar China, Wang Yi, yang dalam rangka lawatan ke Singapura semalam.

Wang Yi berkata, China mengucapkan tahniah kepada Singapura sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan negara itu. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura. Singapura akan menggalas jawatan negara penyelaras hubungan China-ASEAN. Hubungan antara kedua-dua negara pasti akan menghadapi situasi baharu.

Beliau berkata, China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Singapura berdasarkan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, membina strategi baharu, meneroka kerjasama baharu demi mewujudkan masa depan yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Lee pula berkata, Singapura dan China perlu melaksanakan kerjasama yang mendatangkan hasil dalam urusan dua hala dan serantau. Diharapkan hubungan ini akan terus mengekalkan trend perkembangan yang baik.

Beliau menambah, pihaknya bersedia untuk mempergiat kerjasama pragmatik dengan China, khususnya menggalakan projek kerjasama antara kerajaan ketiga dan penaiktarafan dan transformasi Kawasan Perdagangan Bebas Singapura-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China