Cari:
Misi China ke ASEAN Gerakkan Kerjasama Kapasiti Pengeluaran
2015-08-17 11:27:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Forum Syarikat China ke ASEAN yang dianjurkan oleh Misi Diplomatik China ke ASEAN diadakan pada minggu lepas . Dalam forum tersebut, Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu telah mengadakan perbincangan dengan sebahagian perwakilan syarikat China ke Indonesia untuk bertukar-tukar pendapat berhubung dengan penyertaan syarikat China dalam kerjasama kapasiti pengeluaran China-ASEAN, menggalakkan pembinaan kesalinghubungan dan menaiktarafkan kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Xu Bu menegaskan bahawa dengan berlatarbelakangkan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21, usaha sama China-ASEAN inisiatif Presiden China, Xi Jinping dan kerangka kerjasama "2+7" China-ASEAN yang dikemukakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang, kerjasama China-ASEAN semakin berkembang pesat dan kukuh. Kerjasama kapasiti pengeluaran antara China dengan ASEAN juga mempunyai prospek yang cerah. Syarikat China ke ASEAN diharap mempunyai semangat yang kuat dan proaktif untuk melibatkan diri dalam kerjasama tersebut.

Forum kali ini turut dihadiri oleh perwakilan dari 25 buah syarikat dan dewan perniagaan dalam sektor sumber tenaga, kewangan, tenaga elektrik, besi, keluli dan pengangkutan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China