Cari:
Pilihan Raya Umum Myanmar Diselubungi Suasana Tidak Menentu
2015-08-19 15:15:23 CRI Cetak

Myanmar akan mengadakan pilihan raya umum pada 8 November nanti. Pemilihan kali ini dilihat sebagai ujian kepada perkembangan pelaksanaan proses demokrasi di negara itu yang ditadbir oleh kerajaan junta sejak 25 tahun lalu.

Pilihan raya tersebut akan menyaksikan pertembungan sengit antara Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan Myanmar (USDP) dengan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin Aung San Suu Kyi. Semasa tempoh berkempen ini, Kedua-dua parti tersebut melahirkan keyakinan tinggi untuk menang.

Selaku parti pemerintah, USDP amat berjasa kerana menyumbang kepada pelaksanaan dasar pintu terbuka di Myanmar dalam tempoh empat tahun lalu. Namun, ternyatalah parti itu juga mempunyai kelemahan, iaitu ada sangkut paut dengan kerajaan junta, yang telah mencetuskan ketidakpuasan di kalangan khalayak.

Manakala, Aung San Suu Kyi yang dikenali sebagai ikon demokrasi Myanmar mempunyai prestij dan pengaruh di kalangan masyarkat setempat serta mendapat sokongan yang meluas. Walau bagaimanapun, antara kelemahan utama NLD pimpinan beliau termasuk parti itu kekurangan pengalaman mentadbir serta masalah pucuk pimpinan yang telah lanjut usia.

Selain itu, tentera Myanmar terus berkuasa dalam politik negara itu. Perlembagaan memperuntukkan 25 peratus kerusi Parlimen kepada pegawai tentera yang dilantik. Oleh yang demikian, tentera negara berkenaan mengamalkan sikap pilih kasih dalam pemilihan sejak sekian lama.

Selepas Thura Shwe Mann yang baru dilucutkan jawatan Pengerusi USDP terlepas peluang untuk bertanding jawatan Presiden Myanmar, persaingan untuk menjadi ketua negara itu hanya dilakukan antara Presiden kini, U Thein Sein dan Ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing. Baru-baru ini, U Thein Sein meluahkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan Presiden. Manakala, Min Aung Hlaing ketika diwawancara oleh BBC berkata, jika rakyat mahu beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai Presiden, beliau akan menimbangnya. Dalam pada itu, beliau juga mendakwa, masih terlalu awal untuk pihak tentera berundur daripada arena politik di negara berkenaan. Memandangkan sikap kedua-dua pemimpin tersebut, prospek pilihan raya umum Myanmar masih tidak menentu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China