Cari:
Singapura Keluarkan Wang Kertas Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Negara
2015-08-19 14:48:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) semalam mengeluarkan satu set wang kertas khas bagi memperingati ulang tahun ke-50 penubuhan negara Singapura.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, menghadiri majlis pelancaran wang kertas peringatan tersebut.

Wang kertas peringatan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan negara Singapura tersebut terdiri daripada sehelai wang kertas bernilai 50 dolar Singapura (SGD) dan lima helai wang kertas bernilai 10 SGD.

Wang kertas yang direka bentuk oleh empat orang karyawan dan pereka bentuk tempatan memaparkan hasil yang dicapai oleh Singapura sejak 50 tahun yang lalu serta konsep nilai dan wawasan pembangunan berbilang kaum secara harmoni negara itu.

Wang kertas SGD50 dicetak dengan imej Bapa Pengasas Singapura Moden, Lee Kuan Yew, yang melaungkan slogan "Merdeka".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China