Cari:
Pilihan Raya Umum Singapura 11 September
2015-08-26 14:36:39 CRI Cetak

Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada hari Jumaat, 11 September depan untuk memilih 89 anggota Parlimen dari 29 kawasan undi di republik itu.

Hari mengundi diumumkan selepas Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam, membubarkan Parlimen, petang semalam.

Atas nasihat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, Presiden juga mengeluarkan Writ Pilihan Raya yang menetapkan hari penamaan calon pada Selasa, 1 September.

Menurut laporan Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi yang dikeluarkan bulan lepas, sebanyak 89 kerusi Parlimen akan dipertandingkan di 29 kawasan undi yang terdiri daripada 13 SMC dan 16 Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China