Cari:
Program Orientasi Pelajar Baru 1Malaysia 2015 di Beijing
2015-09-09 16:43:46 CRI Cetak

Dato' Sulaiman bin Wak menyampaikan ucapan dalam majlis meraikan pelajar-pelajar Malaysia.

Majlis meraikan pelajar baharu yang mengikuti Program Orientasi Pelajar Baru 1Malaysia 2015 diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pagi tadi. Turut hadir, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Sulaiman bin Wak dan Konsul Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di China, Dr. Mohd Rozi bin Ismail.

Lebih 100 orang pelajar Malaysia yang dipilih untuk menyertai program tersebut akan meneruskan sesi pengajian selama lima tahun di Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) atau Universiti Bahasa dan Budaya Beijing (BLCU).

Puan Zhang Wenwen memperkenalkan sejarah dan perkembangan CRI kepada para pelajar.

Dalam majlis itu, Ketua Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI), Puan Zhang Wenwen turut memperkenalkan program Kenali Beijing kepada para pelajar semasa memberikan taklimat tentang sejarah dan perkembangan terkini CRI.

Program Kenali Beijing ditayangkan dalam majlis tersebut.

Puan Zhang Wenwen menghadiahkan kamus digital bahasa Mandarin dan buku panduan pelancongan Kenali Beijing kepada Dato' Sulaiman bin wak (ketiga dari sebelah kanan).

Majlis tersebut berakhir dengan sesi penyampaian kamus digital bahasa Mandarin dan buku panduan pelancongan Kenali Beijing yang telah dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2015 pada penghujung bulan Ogos lalu kepada pelajar Malaysia.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China