Cari:
CAEXPO Dirasmikan di Nanning
2015-09-18 15:00:27 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN kali ke-12 (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan telah dirasmikan di Nanning, Guangxi China pagi tadi dengan kehadiran Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin negara ASEAN, pegawai kanan China dan negara ASEAN, diplomat asing di China, para usahawan dan tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat.

Naib Perdana Menteri, Zhang Gaoli ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian telah menyanjung tinggi perkembangan hubungan China-ASEAN dan mengemukakan lima cadangan dalam menjalinkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pertama, terus meningkatkan kepercayaan politik dan meningkatkan penggabungan strategik kedua-dua pihak.

Kedua, terus mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk menaiktarafkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Ketiga, terus menggalakkan kerjasama antarabangsa demi mewujudkan saling menguntungkan dan situasi menang-menang pada tahap yang lebih tinggi.

Keempat, terus meningkatkan pembangunan kesalinghubungan dengan pembinaan rangkaian infrastruktur yang lebih moden dan kelima, terus mengukuhkan kerjasama maritim untuk membina hubungan rakan kerjasama maritim.

Ketika membicarakan isu Laut China Selatan, Zhang Gaoli menyatakan bahawa China dan ASEAN akan mengambil kesempatan sempena Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN untuk meningkatkan kerjasama pragmatik yang melibatkan pelbagai bidang, menggalakkan pengendalian kawasan maritim bersama-sama agar kerjasama maritim dapat menjadi tenaga penggerak baharu dalam meningkat hubungan China-ASEAN.

Zhang Gaoli juga menyatakan bahawa China akan melaksanakan dasar keterbukaan yang lebih positif, mengimport lebih banyak produk dan perkhidmatan daripada negara lain, memperluas skop pelaburan dan kerjasama dengan luar.

Menurut makluamt, sebanyak 2207 buah syarikat menyertai ekspo kali ini, manakala jumlah gerai pameran mencatat 4600 buah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China