Cari:
Najib Rasmi Hari Sukan Negara Malaysia
2015-10-10 13:32:15 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama lebih 5,000 orang melakukan aktiviti senaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena perasmian Hari Sukan Negara Malaysia di Shah Alam hari ini.

Sebaik sahaja selesai sesi memanaskan badan, semua peserta termasuk Najib dan isterinya kemudiannya berjalan sejauh dua kilometer.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menjadikan amalan bersukan sebagai budaya hidup seharian.

Beliau berkata, budaya tersebut mampu menjadikan mereka lebih sihat dan cergas selain menghindari pelbagai jenis penyakit.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China