Cari:
PM Li Ditemui Menteri Luar Thailand
2015-10-10 13:44:15 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai di Beijing petang semalam.

Li berkata, China bersedia untuk memperkukuh persahabatan dengan Thailand, menyelaras dan merancang interaksi dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai sektor, merealisasikan situasi saling menguntungkan supaya memberikan manfaat kepara rakyat kedua-dua negara bahkan rantau ini.

Menurutnya, kerjasama pembinaan landasan kereta api China-Thailand merupakan perkara penting buat masa ini. Ini bukan sahaja bermanfaat demi penyelarasan antara gagasan Satu Jalur dan Satu Laluan (OBAOR) anjuran China dengan strategi pembangunan Thailand untuk membangkitkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara ini, tetapi juga akan memberikan syarat baik demi China dan Thailand, serta negara-negara terlibat mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan, dan meningkatkan interaksi sosiobudaya.

Don Pramudwinai pula berkata, pihaknya menghargai kerjasama dan hubungan persahabatan dengan China. Thailand mementingkan projek pembinaan landasan kereta api China-Thailand dan berharap agar projek ini dimulakan dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China