Cari:
China, Singapura Intensifkan Kerjasama Dua Hala
2015-10-13 17:50:33 CRI Cetak
Mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral (JCBC) China-Singapura diadakan di Singapura hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh naib perdana menteri kedua-dua negara, iaitu Zhang Gaoli dan Teo Chee Hean.

Dalam ucapannya pada mesyuarat itu, Zhang berkata, pembangunan ekonomi China kini memasuki tahap "normal baharu", manakala Singapura pula sedang berada dalam tempoh kritikal untuk menggalakkan transformasi dan penaiktarafan ekonomi.

China bersedia untuk menyediakan lebih banyak peluang kerjasama kepada Singapura dan negara-negara lain di rantau Asia, bahkan seluruh dunia, demi menyumbang kepada pertumbuhan mampan ekonomi global.

Teo Chee Hean pula berkata, kerjasama Singapura-China terus berkembang pesat dalam tempoh 25 tahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara. Taman Industri Suzhou dan Kota Ekologi Tianjin menjadi teladan bagi kerjasama dua hala ini.

Singapura berharap dapat memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang, di samping meneroka ruang kerjasama baharu.

Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat tentang enam topik perbincangan utama dalam mesyuarat kali ini, iaitu program kerjasama antara kerajaan, penaiktarafan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura, transformasi ekonomi, kerjasama kewangan, pertukaran sosiobudaya dan pembangunan yang inklusif dan lestari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China