Cari:
Presiden Xi Ditemui Hun Sen
2015-10-16 14:30:06 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang berada di Beijing untuk menghadiri Persidangan Khas Parti-parti Politik Asia mengenai Jalan Sutera semalam.

Xi menegaskan, China dan Kemboja perlu memperkasakan hubungan antara parti, mendorong kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudaya, serta mengukuhkan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.

China bersedia untuk bersama-sama dengan Kemboja memperluas kerjasama strategik kedua-dua negara bagi membentuk komuniti berkongsi masa depan yang kukuh.

Hun Sen berkata, China sering menghulurkan bantuan demi pembangunan negara jiran.

Kemboja akan memberikan sokongan padu dan berhasrat untuk giat menyertai inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) yang dikemukakan oleh Presiden Xi.

Beliau yakin inisiatif itu akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat Kemboja dan negara-negara lain di sepanjang laluan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China