Cari:
Status Kecemasan 
Jerebu di Riau Dilanjutkan
2015-11-02 10:30:48 CRI Cetak

Pihak berkuasa Riau, Indonesia melanjutkan status kecemasan jerebu di wilayah itu selama sebulan, ketika operasi pembenihan awan ditingkatkan di Sumatera dan Kalimantan.

Laman web Jakarta Post me­laporkan, Agensi Pengurusan Bencana Alam Wilayah Riau (BPBD) membuat keputusan tersebut kerana masih terdapat titik panas di Sumatera Selatan dan jumlah hujan untuk membantu memadam kebakaran masih belum mencukupi.

Menurut Pengerusi BPBD, Edward Sanger, semua anggota pasukan bomba yang memadam kebakaran bersetuju bahawa status kecemasan perlu dilanjutkan selama 30 hari sehingga 30 November ini.

Status kecemasan tersebut yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan atas jangkaan berlakunya peningkatan titik panas baharu di hutan di Riau dan mengambil kira kebakaran hutan di Sumatera Selatan belum dapat dipadam dengan kebarangkalian hujan sukar diramalkan.

---Utusan

http

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China