Cari:
Letusan Gunung Berapi, 
Lapangan Terbang Bali Ditutup
2015-11-05 11:32:15 CRI Cetak

Indonesia semalam menutup Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, satu daripada terminal antarabangsa paling sibuk di negara itu, memaksa pembatalan hampir 700 penerbangan ekoran debu yang dimuntahkan Gunung Rinjani di Lombok.

Lapangan terbang itu akan ditutup sehingga hari ini dan hanya akan dibuka semula selepas satu penilaian semula terhadap situasi berkenaan dibuat. Sebanyak 692 penerbangan dibatalkan.

Puluhan ribu pelancong di Bali terkandas akibat penutupan lapangan terbang tersebut pada Julai lalu yang dibuat semasa kemuncak musim percutian selepas letusan gunung berapi berlaku di Gunung Raung di Jawa Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China