Cari:
Upacara Pecah Tanah Projek Kereta Api China-Laos
2015-12-03 14:13:49 CRI Cetak

Upacara pecah tanah projek kereta api China-Laos diadakan di Vientiane, Laos semalam. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang, Presiden Laos, Chummaly Sayasone menghadiri upacara itu.

Naib Perdana Menteri Laos, Somsavat Langsavad berkata, kedua-dua pihak diharapkan terus menggalakkan penyelarasan dan kerjasama demi projek ini diselesaikan dengan jayanya.

Pengurus Besar Syarikat Kereta Api China, Sheng Guangzu menyatakan bahawa pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan projek pembinaan ini diselesaikan menurut jadual dan memberikan sumbangan demi pembangunan sosioekonomi dan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China