Cari:
18 Mati Kereta Api Rempuh Bas di Indonesia
2015-12-07 16:24:46 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan enam lagi cedera apabila sebuah bas Metromini yang tidak berhenti di pagar lintasan kereta api, dilanggar oleh sebuah kereta api elektrik berhampiran Stesen Muara Angke, Jakarta Barat, Indonesia pagi semalam.

Antaranya 13 orang mati di lokasi kejadian, manakala pemandu dan tiga lagi penumpang berhenti nafas dalam perjalanan ke hospital.

Menurut pihak polis, kemala­ngan tersebut terjadi apabila bas Metromini berkenaan tidak mengendahkan palang lintasan yang sedang diturunkan, sebaliknya merempuh palang tersebut dan meneruskan perjalanan ketika kereta api sudah dekat.

Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Indonesia akan menghantar satu kumpulan kerja untuk menyiasat kemalangan tersebut.

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China