Cari:
Pelan Rasionalisasi 1MDB Berjaya
2016-01-01 15:03:30 CRI Cetak

Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjayakan Pelan Rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selama enam bulan, tercapai hari ini hasil penjualan 60 peratus kepentingan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn. Bhd.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, berdasarkan pengumuman Pelan Rasionalisasi 1MDB pada Jun 2015 dan janji Najib selepas itu, tiga transaksi telah dilakukan oleh syarikat pelaburan strategik kerajaan tersebut membabitkan nilai sehingga RM40 bilion.

Jelas beliau, selain jualan 60 peratus kepentingan Bandar Malaysia kepada IWH-CREC dengan bayaran RM7.41 bilion, dua transaksi lain ialah pertukaran hutang kepada aset bersama International Petroleum Investment Company (IPIC) bernilai RM16 bilion dan jualan Edra Global Energy Bhd. (Edra) kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) bernilai RM17 bilion termasuk beban hutang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China