Cari:
Kerajaan Malaysia Ubah Suai Bajet 2016
2016-01-11 14:42:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Malaysia akan melakukan pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 dalam masa terdekat susulan senario ekonomi global yang tidak menentu dan kejatuhan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada hasil negara.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Najib bercadang untuk bentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 daripada beberapa segi dan aspek supaya bajet kerajaan lebih realistik dan tepat dengan keadaan ekonomi semasa. Menurut Najib, semasa pembentangan Bajet 2016 pada Oktober lepas, pendapatan negara diunjurkan berasaskan harga minyak mentah AS$48 setong tetapi harga minyak kini jatuh kepada USD 31.59 setong. Najib berkata, perkara ini amat membimbangkan kerana akan memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam pula menyatakan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal bulan ini akan diadakan untuk membincangkan pengubahsuaian Bajet 2016 berdasarkan senario ekonomi semasa agar mencapai kaedah penyelesaian yang paling efektif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China