Cari:
Enam Maut dalam Siri Letupan Jakarta
2016-01-14 15:08:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di pos polis di hadapan Sarinah Mall di Jalan M.H Thamrin, Jakarta Indonesia hari ini.Enam orang termasuk tiga orang anggota polis maut dalam siri letupan tersebut.

Menurut seorang saksi, dia yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian ternampak beberapa lelaki yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah polis yang berada di dalam pos polis berkenaan.Bunyi letupan pertama kedengaran dari sebuah pos polis di Jalan M.H Thamrin pada kira-kira pukul 10.50 pagi tadi. Selepas itu, berlaku beberapa letupan diikuti adegan tembak-menembak antara pihak polis dengan lelaki yang tidak dikenali itu.

Dimaklumkan, letupan juga berlaku di luar sebuah bangunan pejabat perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di pusat bandar Jakarta.

Kini, Jalan M.H Thamrin telah dikepung oleh pihak polis dan lebih ramai anggota polis dikerahkan ke lokasi letupan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China